Kami mengikuti anda

Pusat Jagaan kanak-kanak dalam Komuniti kita kini telah wujud! Daftarlah segera sebelum terlambat..kami berada di alamat berikut:

Lot 164, Jalan 9/141,
Kg Malaysia Tambahan,
Sg Besi, 57100 Kuala Lumpur

Perkhidmatan yang ditawarkan ini adalah berdasarkan hari dan waktu rasmi Pusat Jagaan IBU KU SAYANG beroperasi iaitu:

Isnin ke Jumaat 7.00 pagi hingga 6.00 petang

Untuk pendaftaran, sila hubungi


019-2764199 (Rozie)

Waktu untuk dihubungi: 10 Pg. - 9 Mlm.

Maklum balas menerusi email kepada kami

Name:
Email Address:

Put a website form like this on your site.

Waktu Sekarang

PERATURAN PENJAGAAN KANAK-KANAK

Berikut adalah antara kandungan syarat dan peraturan Taska Ibuku Sayang untuk ibu bapa/penjaga :-

1. Kanak-kanak dilarang memakai / membawa sebarang barangan berharga semasa di TASKA.

2. Ibu/Bapa/Penjaga harus memastikan kanak-kanak didalam keadaan sihat. (Jika tidak sihat, ibu bapa diminta menguruskannya terlebih dahulu)

3. Penyakit berjangkit : Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit ke TASKA sehingga mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan Bertauliah bahawa kanak-kanak tersebut telah pulih sepenuhnya.

4. Membawa kanak-kanak keluar dalam waktu operasi TASKA : Ibu/Bapa/Penjaga diminta memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA sebelum membawa kanak-kanak keluar. Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar TASKA. Jika Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini, kebenaran bertulis adalah diperlukan.

5. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan berlegar dikawasan luar TASKA dalam waktu operasi TASKA kecuali atas sebab yang penting. Ibu/Bapa/Penjaga juga tidak dibenarkan menggunakan bangunan TASKA selepas waktu operasi TASKA.

6. Kedatangan : Ibu/Bapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika kanak-kanak tidak dapat hadir ke TASKA pada hari tersebut sebelum jam 10 pagi.

7. Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan : Sila maklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA satu (1) bulan lebih awal jika Ibu/Bapa/Penjaga mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan kami.

8. Merokok dan meludah adalah dilarang didalam persekitaran TASKA.

9. Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan meninggalkan pesanan penting (cth: jenis dan dos pengambilan ubatan) secara bertulis kepada Penyelia/Pengusaha TASKA.

10. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam dan dapur TASKA tanpa kebenaran dari Penyelia/Pengusaha TASKA.

11. Pihak TASKA menyediakan kemudahan berikut :- makanan, kelengkapan tidur, bahan pengajaran dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.

12. Telefon bimbit harus dimatikan atau disenyapkan sewaktu berada dikawasan TASKA.

13. Bayi dan kanak-kanak hanya digalakkan menggunakan lampin pakai buang sahaja (jika masih perlu menggunakannya) bagi tujuan kebersihan.

14. Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, Ibu/Bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibawa dari luar TASKA.

15. Ibu/Bapa/Penjaga mungkin diperlukan untuk membuat sumbangan untuk membantu pihak TASKA menjalankan aktiviti atau majlis yang akan dilaksanakan. (Cth: majlis sambutan harijadi kanak-kanak/aktiviti luar sekiranya perbelanjaan tambahan diperlukan)

16. Ibu/Bapa/Penjaga diperlukan untuk menandatangani buku kedatangan. Ibu/Bapa/Penjaga yang menandatangani buku kedatangan selepas jam 7 petang atau 3 petang(Isnin-Jumaat) dan 2 petang (Sabtu minggu ke-2 dan ke-4) secara automatic dikenakan bayaran lebih masa.
(Bayaran lebih masa RM5.00/jam bagi seorang bayi/kanak-kanak).

17. Adalah menjadi tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga untuk memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi (Cth: perubahan alamat atau nombor telefon).

18. Pihak TASKA dan kakitangan akan menjalankan amanah yang diberi oleh pihak Ibu/Bapa/Penjaga ketahap yang terbaik mengikut kemampuan kami dalam usaha penjagaan dan sebagai Ibu/Bapa/Penjaga pengganti.

19. Segala maklumat lanjut mengenai yuran pendaftaran, yuran tahunan, caj bulanan, caj harian dan bayaran lebih masa, sila rujuk kepada Penyelia/Pengusaha TASKA,

20. Pihak Pengusaha TASKA berhak membuat sebarang pindaan terhadap Syarat dan Peraturan TASKA dari masa kesemasa.

21. Berikut adalah antara keperluan yang perlu disediakan oleh ibu bapa :-

a) 2 bulan - 1 tahun :
- Tilam / toto kecil
- Peralatan mandi dan selepas mandi
- 4 diaper dan 4 helai baju
- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)
- Susu dan makanan bayi yang secukupnya.
- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

b) 2 tahun – 4 tahun :
- Berus gigi dan alatan mandian
- 3 diaper dan 3 helai baju.
- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)
- Susu secukupnya.
- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

Perkhidmatan Kami:

(a) Program Pembelajaran yang sistematik
(b) Program Perkembangan yang dipantau Jab kebajikan Masyarakat

Kemudahan Asas:

(a) Bilik yang selesa lengkap dengan kemudahan
(b) Televisyen & alat pandang dengar
(c) 2 Bilik Khas berhawa Dingin dan Kipas disemua ruang yang secukupnya
(d) Tandas Khas serta kemudahan untuk kanak-kanak
(e) Peralatan mainan luar dan dalam
(d) Ruang Makan yang selesa
(e) Ruang Dapur yang terhalang bagi kanak-kanak

(f) Sistem Pemanas Air bagi mandian Bayi
(g) Kawasan yang berpagar lagi selamat
(h) Makan berjadual lagi berkhasiat mengikut Jaduan Khas
(i) Jadual Pembelajaran Khusus

Perkhidmatan Tambahan:

(1) Makan/ Minum mengikut jadual lagi seimbang
(2) Penghataran jika perlu

JAWATAN KOSONG "PEMBANTU TASKA"

Dalam proses pembesaran, kami memerlukan lagi 3 Pembantu Penyelia
di Taska kami, anda mesti mempunyai perkara berikut:

1- Islam, bersih, jujur dan penyayang kanak-kanak
2- Tidak perlu pengalaman kerana latihan akan diberi
3- Makan dan tempat tinggal di sediakan kepada yang memerlukannya
4- Cuti setiap hari Ahad. Sabtu separuh hari jika kerja lebih masa akan dibayar.
5- Gaji permulaan RM600 tetapi jika kerja memuaskan elaun akan ditambah.
6. Berpeluang berkursus kepada yang layak
7. Ada "Over-Time"
8. Berumur 18-50 tahun sahaja

Ketarangan lanjut dan interview. Sila hubungi
Puan Rozita 019-2764199

17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum Puan.. masih mencarik pembantu untuk menjaga kanak-ii ??

      Delete
    2. assalamualaikum Puan.. masih mencarik pembantu untuk menjaga kanak-ii ??

      Delete
  2. assalamualaikum.
    saya terbaca mengenai jawatan kosong bagi pembantu. boleh saya mencubanya?
    no. saya 012-7072189. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam...jawatan kosong untuk pembantu ni msih ade lg ke?!....saya berminat...no saya 0172346823

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam .. masih ada kerja kosong sebagai pembantu taska x.. sy ingin mcubanya ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum , saya dan rakan saya sedang mencari pekerjaan . Kami berumur 19 thn yg kini merupakan lepasan stpm . Sekiranya ada kekosongan di harapkan dapat memaklumkannya kepada kami . Terima kasih . Email - meen.athirah@gmail.com

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum puan..saya berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan..jika masih ada kekosongan diharap pihak puan dapat menghubungi saya di no 014 229 4600 email syilasyam1671@gmail.com..terima kasih

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..saya berminat untuk berkerja di taska Puan, saya pelajar lepasan STPM dan ada sedikit pengalaman berkerja di taska semasa saya lepasan SPM sebelum ini. sekiranya masih ada kekosongan, sila hubungi saya di 01114754992. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. ada 2 kekosongan jwtn pembantu taska.. sesiapa berminat hrp dpt hbgi pn.rozie di tel no 0192764199 dgn segara.

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...saya berminat dengan jawatan pembantu taska, masih ada kekoaongan lagi ke? aisha 0197205249. terima kasih.

    ReplyDelete
  11. salam ... sy berminat dgn kekosongan jawatan pembantu taska... masih ada kekosongan ke???
    010 425 9404 diana

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.. ada 2 kekosongan jwtn pembantu taska.. sesiapa berminat hrp dpt hbgi pn.rozie di tel no 0192764199 dgn segara.

    ReplyDelete
  13. assalamalaikum... sis msih da lagi ke jwatan ksong nie? sya berminat. sya lpasan diploma pndidikan awal kanak-2

    ReplyDelete
  14. taska saya di setia alam, shah alam memerlukn 2 org pbantu taska dgn segera.. hubungi 0193909069.. urgent

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum sy teringin nak keja tasks n jaga budak. Ni no sy 0196918825

    ReplyDelete