Kami mengikuti anda

Pusat Jagaan kanak-kanak dalam Komuniti kita kini telah wujud! Daftarlah segera sebelum terlambat..kami berada di alamat berikut:

Lot 164, Jalan 9/141,
Kg Malaysia Tambahan,
Sg Besi, 57100 Kuala Lumpur

Perkhidmatan yang ditawarkan ini adalah berdasarkan hari dan waktu rasmi Pusat Jagaan IBU KU SAYANG beroperasi iaitu:

Isnin ke Jumaat 7.00 pagi hingga 6.00 petang

Untuk pendaftaran, sila hubungi


019-2764199 (Rozie)

Waktu untuk dihubungi: 10 Pg. - 9 Mlm.

Maklum balas menerusi email kepada kami

Name:
Email Address:

Put a website form like this on your site.

Waktu Sekarang

PERATURAN PENJAGAAN KANAK-KANAK

Berikut adalah antara kandungan syarat dan peraturan Taska Ibuku Sayang untuk ibu bapa/penjaga :-

1. Kanak-kanak dilarang memakai / membawa sebarang barangan berharga semasa di TASKA.

2. Ibu/Bapa/Penjaga harus memastikan kanak-kanak didalam keadaan sihat. (Jika tidak sihat, ibu bapa diminta menguruskannya terlebih dahulu)

3. Penyakit berjangkit : Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit ke TASKA sehingga mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan Bertauliah bahawa kanak-kanak tersebut telah pulih sepenuhnya.

4. Membawa kanak-kanak keluar dalam waktu operasi TASKA : Ibu/Bapa/Penjaga diminta memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA sebelum membawa kanak-kanak keluar. Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar TASKA. Jika Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini, kebenaran bertulis adalah diperlukan.

5. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan berlegar dikawasan luar TASKA dalam waktu operasi TASKA kecuali atas sebab yang penting. Ibu/Bapa/Penjaga juga tidak dibenarkan menggunakan bangunan TASKA selepas waktu operasi TASKA.

6. Kedatangan : Ibu/Bapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika kanak-kanak tidak dapat hadir ke TASKA pada hari tersebut sebelum jam 10 pagi.

7. Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan : Sila maklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA satu (1) bulan lebih awal jika Ibu/Bapa/Penjaga mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan kami.

8. Merokok dan meludah adalah dilarang didalam persekitaran TASKA.

9. Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan meninggalkan pesanan penting (cth: jenis dan dos pengambilan ubatan) secara bertulis kepada Penyelia/Pengusaha TASKA.

10. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam dan dapur TASKA tanpa kebenaran dari Penyelia/Pengusaha TASKA.

11. Pihak TASKA menyediakan kemudahan berikut :- makanan, kelengkapan tidur, bahan pengajaran dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.

12. Telefon bimbit harus dimatikan atau disenyapkan sewaktu berada dikawasan TASKA.

13. Bayi dan kanak-kanak hanya digalakkan menggunakan lampin pakai buang sahaja (jika masih perlu menggunakannya) bagi tujuan kebersihan.

14. Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, Ibu/Bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibawa dari luar TASKA.

15. Ibu/Bapa/Penjaga mungkin diperlukan untuk membuat sumbangan untuk membantu pihak TASKA menjalankan aktiviti atau majlis yang akan dilaksanakan. (Cth: majlis sambutan harijadi kanak-kanak/aktiviti luar sekiranya perbelanjaan tambahan diperlukan)

16. Ibu/Bapa/Penjaga diperlukan untuk menandatangani buku kedatangan. Ibu/Bapa/Penjaga yang menandatangani buku kedatangan selepas jam 7 petang atau 3 petang(Isnin-Jumaat) dan 2 petang (Sabtu minggu ke-2 dan ke-4) secara automatic dikenakan bayaran lebih masa.
(Bayaran lebih masa RM5.00/jam bagi seorang bayi/kanak-kanak).

17. Adalah menjadi tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga untuk memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi (Cth: perubahan alamat atau nombor telefon).

18. Pihak TASKA dan kakitangan akan menjalankan amanah yang diberi oleh pihak Ibu/Bapa/Penjaga ketahap yang terbaik mengikut kemampuan kami dalam usaha penjagaan dan sebagai Ibu/Bapa/Penjaga pengganti.

19. Segala maklumat lanjut mengenai yuran pendaftaran, yuran tahunan, caj bulanan, caj harian dan bayaran lebih masa, sila rujuk kepada Penyelia/Pengusaha TASKA,

20. Pihak Pengusaha TASKA berhak membuat sebarang pindaan terhadap Syarat dan Peraturan TASKA dari masa kesemasa.

21. Berikut adalah antara keperluan yang perlu disediakan oleh ibu bapa :-

a) 2 bulan - 1 tahun :
- Tilam / toto kecil
- Peralatan mandi dan selepas mandi
- 4 diaper dan 4 helai baju
- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)
- Susu dan makanan bayi yang secukupnya.
- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

b) 2 tahun – 4 tahun :
- Berus gigi dan alatan mandian
- 3 diaper dan 3 helai baju.
- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)
- Susu secukupnya.
- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

Perkhidmatan Kami:

(a) Program Pembelajaran yang sistematik
(b) Program Perkembangan yang dipantau Jab kebajikan Masyarakat

Kemudahan Asas:

(a) Bilik yang selesa lengkap dengan kemudahan
(b) Televisyen & alat pandang dengar
(c) 2 Bilik Khas berhawa Dingin dan Kipas disemua ruang yang secukupnya
(d) Tandas Khas serta kemudahan untuk kanak-kanak
(e) Peralatan mainan luar dan dalam
(d) Ruang Makan yang selesa
(e) Ruang Dapur yang terhalang bagi kanak-kanak

(f) Sistem Pemanas Air bagi mandian Bayi
(g) Kawasan yang berpagar lagi selamat
(h) Makan berjadual lagi berkhasiat mengikut Jaduan Khas
(i) Jadual Pembelajaran Khusus

Perkhidmatan Tambahan:

(1) Makan/ Minum mengikut jadual lagi seimbang
(2) Penghataran jika perlu

Perkhidmatan kami

Perkhidmatan dan Yuran Bulanan:

(a) Jagaan bayi (2 - 24 bulan): RM400
(b) Jagaan kanak-kanak (2 - 4 tahun): RM350
(c) Caj waktu tambahan: RM5/jam

Lain-lain Perkhidmatan


Jagaan Harian 7pg hingga 6Ptg - RM25.00

Jagaan separuh hari -RM15.00
(7Pg - 2Ptg atau 2Ptg - 6Ptg)

Jagaan sebelah malam
(Boleh dirundingkan)

Jagaan hujung minggu -RM50.00
(Ahad & Cuti Umum: 7pg - 2Ptg atau 2ptg - 6Ptg )