Kami mengikuti anda

Pusat Jagaan kanak-kanak dalam Komuniti kita kini telah wujud! Daftarlah segera sebelum terlambat..kami berada di alamat berikut:

Lot 164, Jalan 9/141,
Kg Malaysia Tambahan,
Sg Besi, 57100 Kuala Lumpur

Perkhidmatan yang ditawarkan ini adalah berdasarkan hari dan waktu rasmi Pusat Jagaan IBU KU SAYANG beroperasi iaitu:

Isnin ke Jumaat 7.00 pagi hingga 6.00 petang

Untuk pendaftaran, sila hubungi


019-2764199 (Rozie)

Waktu untuk dihubungi: 10 Pg. - 9 Mlm.

Maklum balas menerusi email kepada kami

Name:
Email Address:

Put a website form like this on your site.

Waktu Sekarang

PERATURAN PENJAGAAN KANAK-KANAK

Berikut adalah antara kandungan syarat dan peraturan Taska Ibuku Sayang untuk ibu bapa/penjaga :-

1. Kanak-kanak dilarang memakai / membawa sebarang barangan berharga semasa di TASKA.

2. Ibu/Bapa/Penjaga harus memastikan kanak-kanak didalam keadaan sihat. (Jika tidak sihat, ibu bapa diminta menguruskannya terlebih dahulu)

3. Penyakit berjangkit : Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit ke TASKA sehingga mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan Bertauliah bahawa kanak-kanak tersebut telah pulih sepenuhnya.

4. Membawa kanak-kanak keluar dalam waktu operasi TASKA : Ibu/Bapa/Penjaga diminta memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA sebelum membawa kanak-kanak keluar. Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar TASKA. Jika Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini, kebenaran bertulis adalah diperlukan.

5. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan berlegar dikawasan luar TASKA dalam waktu operasi TASKA kecuali atas sebab yang penting. Ibu/Bapa/Penjaga juga tidak dibenarkan menggunakan bangunan TASKA selepas waktu operasi TASKA.

6. Kedatangan : Ibu/Bapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika kanak-kanak tidak dapat hadir ke TASKA pada hari tersebut sebelum jam 10 pagi.

7. Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan : Sila maklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA satu (1) bulan lebih awal jika Ibu/Bapa/Penjaga mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan kami.

8. Merokok dan meludah adalah dilarang didalam persekitaran TASKA.

9. Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan meninggalkan pesanan penting (cth: jenis dan dos pengambilan ubatan) secara bertulis kepada Penyelia/Pengusaha TASKA.

10. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam dan dapur TASKA tanpa kebenaran dari Penyelia/Pengusaha TASKA.

11. Pihak TASKA menyediakan kemudahan berikut :- makanan, kelengkapan tidur, bahan pengajaran dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.

12. Telefon bimbit harus dimatikan atau disenyapkan sewaktu berada dikawasan TASKA.

13. Bayi dan kanak-kanak hanya digalakkan menggunakan lampin pakai buang sahaja (jika masih perlu menggunakannya) bagi tujuan kebersihan.

14. Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, Ibu/Bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibawa dari luar TASKA.

15. Ibu/Bapa/Penjaga mungkin diperlukan untuk membuat sumbangan untuk membantu pihak TASKA menjalankan aktiviti atau majlis yang akan dilaksanakan. (Cth: majlis sambutan harijadi kanak-kanak/aktiviti luar sekiranya perbelanjaan tambahan diperlukan)

16. Ibu/Bapa/Penjaga diperlukan untuk menandatangani buku kedatangan. Ibu/Bapa/Penjaga yang menandatangani buku kedatangan selepas jam 7 petang atau 3 petang(Isnin-Jumaat) dan 2 petang (Sabtu minggu ke-2 dan ke-4) secara automatic dikenakan bayaran lebih masa.
(Bayaran lebih masa RM5.00/jam bagi seorang bayi/kanak-kanak).

17. Adalah menjadi tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga untuk memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi (Cth: perubahan alamat atau nombor telefon).

18. Pihak TASKA dan kakitangan akan menjalankan amanah yang diberi oleh pihak Ibu/Bapa/Penjaga ketahap yang terbaik mengikut kemampuan kami dalam usaha penjagaan dan sebagai Ibu/Bapa/Penjaga pengganti.

19. Segala maklumat lanjut mengenai yuran pendaftaran, yuran tahunan, caj bulanan, caj harian dan bayaran lebih masa, sila rujuk kepada Penyelia/Pengusaha TASKA,

20. Pihak Pengusaha TASKA berhak membuat sebarang pindaan terhadap Syarat dan Peraturan TASKA dari masa kesemasa.

21. Berikut adalah antara keperluan yang perlu disediakan oleh ibu bapa :-

a) 2 bulan - 1 tahun :
- Tilam / toto kecil
- Peralatan mandi dan selepas mandi
- 4 diaper dan 4 helai baju
- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)
- Susu dan makanan bayi yang secukupnya.
- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

b) 2 tahun – 4 tahun :
- Berus gigi dan alatan mandian
- 3 diaper dan 3 helai baju.
- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)
- Susu secukupnya.
- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

Perkhidmatan Kami:

(a) Program Pembelajaran yang sistematik
(b) Program Perkembangan yang dipantau Jab kebajikan Masyarakat

Kemudahan Asas:

(a) Bilik yang selesa lengkap dengan kemudahan
(b) Televisyen & alat pandang dengar
(c) 2 Bilik Khas berhawa Dingin dan Kipas disemua ruang yang secukupnya
(d) Tandas Khas serta kemudahan untuk kanak-kanak
(e) Peralatan mainan luar dan dalam
(d) Ruang Makan yang selesa
(e) Ruang Dapur yang terhalang bagi kanak-kanak

(f) Sistem Pemanas Air bagi mandian Bayi
(g) Kawasan yang berpagar lagi selamat
(h) Makan berjadual lagi berkhasiat mengikut Jaduan Khas
(i) Jadual Pembelajaran Khusus

Perkhidmatan Tambahan:

(1) Makan/ Minum mengikut jadual lagi seimbang
(2) Penghataran jika perlu

Pendaftaran Baru dibuka sekarang

PENDAFTARAN BARU TAHUN 2016
DIBUKA SEKARANG!
TASKA DIPERBESARKAN DENGAN RUANG KHAS BUAT BAYI ANDA
MODULE BARU DALAM PENGEMBANGAN MINDA ANAK-ANAK
KINI DIPERTINGKATKAN LAGI.

JAWATAN KOSONG "PEMBANTU TASKA"

Dalam proses pembesaran, kami memerlukan lagi 3 Pembantu Penyelia
di Taska kami, anda mesti mempunyai perkara berikut:

1- Islam, bersih, jujur dan penyayang kanak-kanak
2- Tidak perlu pengalaman kerana latihan akan diberi
3- Makan dan tempat tinggal di sediakan kepada yang memerlukannya
4- Cuti setiap hari Ahad. Sabtu separuh hari jika kerja lebih masa akan dibayar.
5- Gaji permulaan RM600 tetapi jika kerja memuaskan elaun akan ditambah.
6. Berpeluang berkursus kepada yang layak
7. Ada "Over-Time"
8. Berumur 18-50 tahun sahaja

Ketarangan lanjut dan interview. Sila hubungi
Puan Rozita 019-2764199

Perkhidmatan kami

Perkhidmatan dan Yuran Bulanan:

(a) Jagaan bayi (2 - 24 bulan): RM400
(b) Jagaan kanak-kanak (2 - 4 tahun): RM350
(c) Caj waktu tambahan: RM5/jam

Lain-lain Perkhidmatan


Jagaan Harian 7pg hingga 6Ptg - RM25.00

Jagaan separuh hari -RM15.00
(7Pg - 2Ptg atau 2Ptg - 6Ptg)

Jagaan sebelah malam
(Boleh dirundingkan)

Jagaan hujung minggu -RM50.00
(Ahad & Cuti Umum: 7pg - 2Ptg atau 2ptg - 6Ptg )
Jagaan "Transit"
Pagi atau Petang sahaja
Perkhidmatan

Pelajar tadika, Pelajar sekolah rendah yang memerlukan
jagaan dan bimbingan selepas habis persekolahan harian
sehingga petang.

Bayaran Pendaftaran -
RM50.00
Yuran Bulanan -
RM200.00 Setiap bulan
Hari Operasi - Isnin hingga Jumaat (Kecuali cuti am Wilayah Persekutuan)
Waktu Operasi - 7pg hingga 2Ptg atau 1Tghari hingga 6 petang (Makan Tengahari disediakan)

Jagaan "Transit"
Sekolah Sessi Pagi dan Petang
Perkhidmatan
Pelajar Sekolah Rendah yang memerlukan khidmat sokongan sebelum atau selepas kelas KAFA Kg Malaysia Tambahan yang berhampiran

Bayaran Pendaftaran - RM50.00
Yuran Bulanan - RM170.00 setiap bulan
Hari Operasi : Isnin hingga Jumaat (Kecuali Cuti am Wilayah Persekutuan)
Waktu Operasi : 12.30Tghari - 2.30 Ptg & 4.30Ptg - 6Ptg (Makan Tengahari disediakan)